Cara Daftar Boost eWallet App Malaysia | Guna Referral Code: ama4c95f

Boost App Malaysia merupakan dompet elektronik yang mengandungi wang elektronik dalam bentuk aplikasi mudah alih untuk menjadikan urus niaga lebih mudah, lebih pantas dan lebih selamat kepada pengguna.

Boost membolehkan pengguna membayar melalui telefon mudah alih mereka di lokasi yang mengambil bahagian tanpa perlu menggunakan wang tunai atau kad fizikal seperti tambah nilai bil telefon, membayar bil utiliti, membeli tiket wayang, dan sebagainya.

Jadi, dalam blog ini, kami akan berkongsi dengan anda cara mudah untuk mendaftar sebagai pengguna Boost App Malaysia eWallet melalui aplikasinya.

1. Setelah anda memasang aplikasi Boost App ini, buka aplikasi tersebut untuk melakukan pendaftaran. Untuk lakukan pendaftaran baru akaun, tekan butang Register.

2. Seterusnya, tekan Let’s Start.

3. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk isikan nombor telefon pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Next.

4. Selepas itu, isikan pula nombor OTP yang diterima anda pada ruangan dibawahnya.

5. Seterusnya, piih telco yang anda gunakan sekarang pada senarai yang diberikan.

6. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Next.

7. Pada laman ini pula, anda perlu mengisi maklumat atau butiran yang diminta seperti nama, nama panggilan, alamat emel dan kata laluan. Selepas itu, tekan pada kotak dibawahnya sebagai tanda persetujuan dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Next.

8. Kemudian, anda dikehendaki untuk memasukkan PIN keselamatan bagi urusan transaksi nanti pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Next.

9. Sekiranya anda memerlukan Invite Code, boleh gunakan Invite Code dari kami ini. Jika sudah selesai, tekan butang Next dan Done.

10. Pada laman ini, Boost memberi pilihan kepada anda untuk naik taraf ke akaun premium. Antara kelebihan akaun premium ini seperti limit penggunaan saiz wallet dan transaksi yang lebih besar serta penghantaran duit antara Boost Wallet yang lain. Jadi untuk upgrade ini, anda tekan Upgrade for Free.

11. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk melengkapkan proses pendaftaran yang diminta seperti pengesahan identiti yang memerlukan anda untuk mengambil gambar IC dan selfie, melengkapkan butiran diri dan akhir sekali, ia meminta anda untuk menambah minimum RM20 ke dalam akaun Boost ini. Jadi, lengkapkan saja proses pendaftaran tersebut sehingga selesai.

Atau jika anda tidak mahu untuk menaik taraf ke akaun premium buat masa sekarang ini, tekan saja pada butang Maybe later.

Cara Daftar App Setel | Guna Referral Code: s8dvk
Cara Daftar Touch ‘n Go eWallet Melalui App TNG eWallet

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *