Cara Daftar App Setel | Guna Referral Code: s8dvk

Aplikasi Setel memudahkan anda untuk membayar minyak disamping menerima mata ganjaran di Stesen Mesra PETRONAS hanya menggunakan telefon tanpa perlu lagi beratur di kaunter.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk lakukan pendaftaran akaun Setel sebelum anda boleh mula membuat bayaran melalui aplikasi ini.

1. Selepas anda muat turun aplikasi Setel, buka aplikasi tersebut. Pada laman ini, anda boleh memilih pilihan bahasa seperti yang disenaraikan ini.

2. Pada laman ini pula, untuk mula mendaftar, anda perlu isikan saja nombor telefon pada ruangan yang disediakan ini.

3. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Teruskan.

4. Seterusnya, anda akan menerima 6 digit OTP dan ia akan masukkan nombor OTP yang diterima tadi secara automatik pada laman ini.

5. Kemudian, anda perlu isikan saja maklumat yang diminta seperti nama dan alamat emel. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Teruskan.

6. Seterusnya, jika anda mempunyai kod promo atau kod rujukan, isikan saja pada ruangan yang disediakan ini. Atau anda juga boleh guna kod rujukan dari kami seperti yang tertera ini. Jika sudah selesai, tekan butang Teruskan.

7. Anda dikehendaki untuk mencipta kod laluan sebagai langkah keselamatan untuk pembayaran nanti dengan menekan pada Cipta Kod Laluan.

8. Kemudian, anda boleh pautkan kredit kad dengan menekan pada butang Add Card atau sekiranya tiada, tekan saja pada butang Set Up Later.

9. Akhir sekali, anda boleh mengaktifkan pengesanan lokasi melalui GPS bagi memudahkan aplikasi ini mencari stesen petrol yang berhampiran dengan menekan pada Aktifkan Lokasi.

Cara Tukar Kata Laluan Akaun TGV Cinemas App MovieClub Member Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Cara Daftar Boost eWallet App Malaysia | Guna Referral Code: ama4c95f

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *