Cara Tukar Kata Laluan Akaun TGV Cinemas App MovieClub Member Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun TGV Cinemas MovieClub Member, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi TGV Cinemas di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi TGV Cinemas, pada laman utama ini, tekan pada MovieClub yang terletak dipenjuru bawah kanan.
2. Kemudian, tekan pada Forgot password untuk mula menukar kata laluan baru.
3. Seterusnya, isikan pula alamat emel yang berdaftar dengan aplikasi ini pada ruangan yang disediakan.
4. Sekiranya sudah selesai, tekan Request.
5. Kemudian, pihak TGV Cinemas akan menghantar satu emel pengesahan penetapan semula kata laluan. Dalam emel ini, anda perlu tekan pada pautan ini Please Click Here To Reset Password untuk proses seterusnya.
6. Pada laman ini, isikan kata laluan baru anda pada ruangan yang disediakan. Diiingatkan, kata laluan ini mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh TGV Cinemas. Jika sudah selesai, tekan Reset password.
7. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.