Cara Bayar Bil SPayLater Atau Hutang Ansuran Bulanan Di Shopee | How To Pay For SPayLater Bills

Ikuti blog ini untuk cara bayar bil hutang atau loan SPayLater anda di akaun Shopee masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi Shopee, pada laman utama ini, tekan pada Me yang terletak di penjuru bawah kanan.

2. Kemudian, pergi ke bahagian My Wallet dan tekan pada SPayLater.

3. Pada laman ini, ia akan paparkan secara ringkas beberapa maklumat berkenaan SPayLater anda seperti had penggunaan SPayLater yang masih ada, baki tunggakan hutang dan tarikh pembayaran seterusnya. Untuk mula membayar bil hutang SPayLater anda, tekan pada Pay Early.

4. Pada bahagian ini, ia akan menyenaraikan mengikut bulanan bayaran tunggakan SPayLater anda. Anda boleh memilih sama ada untuk membayar bil mengikut bulanan yang disenaraikan ini atau anda juga boleh membayar lebih awal atau membayar penuh baki tunggakan yang ada. Sebagai contoh, kami ingin membuat bayaran bil hutang untuk bulan Mei, tekan pada kotak disebelahnya.

5. Selepas itu, tekan pada Pay Now.

6. Kemudian, anda perlu tekan pada Payment Method dan pilih jenis bayaran sama ada secara kad, online banking, pembayaran tunai atau ShopeePay.

7. Seterusnya, tekan pada Confirm.

8. Kemudian, tekan pada Pay in Full dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.

9. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran hutang SPayLater anda.

10. Untuk melihat semula laman SPayLater anda, tekan pada View my SPayLater.

Jika anda perasan, had penggunaan SPayLater ini akan naik semula selepas anda membuat bayaran bil hutang sebelum ini. Jadi, anda boleh guna had penggunaan baru ini untuk pembelian barang seterusnya. Nasihat kami disini, berbelanjalah ikut kemampuan anda demi kesejahteraan hidup.

Cara Daftar PBe Online Internet Banking | Public Bank engage MY Registration
Cara Tukar Tetapan Bahasa Di App Instagram Ke Bahasa Melayu Atau English

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *