Cara Bayar Bil Air Selangor Dari Akaun Hong Leong Bank Melalui Aplikasi HLB Connect | JomPAY Biller Code 4200
Ikuti blog ini untuk cara bayar bil Air Selangor anda dari akaun Hong Leong Bank menggunakan aplikasi perbankan HLB Connect.
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi ini, pada laman utama ini, tekan pada Menu.
2. Pada bahagian menu ini, tekan pada Pay Bill.
3. Pada bahagian Pay Bill ini, untuk mula membayar bil, tekan pada nombor 1 ini dan tekan JomPAY.
4. Seterusnya, anda perlu isikan nombor Biller Code untuk Air Selangor. Bagi bayaran bil Air Selangor, nombor Biller Code adalah 4200. Pada bahagian Ref-1 ini, isikan pula nombor akaun Air Selangor anda pada ruangan yang disediakan. Dibawahnya pula, isikan nombor Ref-2 sekiranya ada. Jika sudah selesai, tekan Next.
5. Untuk nombor 2, pilih jenis akaun untuk bayaran bil ini.
6. Selepas itu, pada nombor 3, isikan pula jumlah bayaran bil Air Selangor anda pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Done.
7. Pada bahagian nombor 4, anda boleh memilih tarikh bayaran bil dan mod bayaran bil ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Next dan sekali lagi tekan Next.
8. Pastikan maklumat yang dipaparkan ini adalah betul seperti nombor akaun Air Selangor dan jumlah bayaran dengan menekan pada Ready to Pay.
9. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil Air Selangor ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Receipt. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Done.