Cara Daftar PBe Online Internet Banking | Public Bank engage MY Registration

Dengan PB engage MY, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran dan sebagainya. Melalui aplikasi PBe, anda boleh lakukan urusan perbankan internet untuk pelbagai jenis urusan terus dari telefon anda.

Jadi, ikuti blog ini untuk cara daftar akaun PB engage sebelum anda boleh lakukan urusan perbankan internet atau melalui aplikasinya.

Terdapat beberapa kaedah untuk daftar akaun PB engage ini sama ada dari laman web atau melalui aplikasi. Dan sebelum anda mulakan pendaftaran ini, pastikan anda telah memperoleh maklumat seperti ID dan kata laluan sementara. ID sementara kebiasaanya akan dihantar melalui SMS dari nombor telefon yang berdaftar manakala untuk kata laluan sementara, anda boleh dapatkan dari pegawai bank semasa pembukaan akaun bank waktu itu.

1. Anda boleh buat carian PB engage registration di pelayar web seperti Chrome atau jika melalui aplikasi PB engage, anda masukkan saja ID sementara tersebut pada ruangan log masuk ini.

2. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

3. Ia akan autamatik buka satu pautan pendaftaran akaun ini terus ke pelayar web anda. Pada laman ini, tekan saja pada Register with a Temporary ID and Password.

4. Pada bahagian ini, isikan saja ID dan kata laluan sementara tersebut pada ruangan yang disediakan ini. Selepas itu, isikan pula kod sekuriti seperti yang dipaparkan pada ruangan di bawahnya. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Public Bank.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

6. Pada laman pendaftaran ini, anda perlu isikan maklumat yang diminta seperti ID pengguna yang baru, kata laluan baru, Memorable Question, Personal Login Phrase dan alamat emel pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.

7. Kemudian, anda perlu isikan nombor PAC yang diterima pada ruangan yang disediakan sebagai pengesahan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran akaun PB engage anda. Selepas ini, anda boleh log masuk seperti biasa dan lakukan pelbagai jenis urusan yang ditawarkan melalui aplikasi PBe dari Public Bank ini.

Cara Log Masuk Atau Login Ke Akaun MyDigi App
Cara Bayar Bil SPayLater Atau Hutang Ansuran Bulanan Di Shopee | How To Pay For SPayLater Bills

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *