Cara Tukar Akaun Instagram Anda Ke Akaun Peribadi l Change Insta Account To Private
Sekiranya anda ingin menukar akaun Instagram sendiri dari akaun umum ke akaun peribadi atau private account, anda boleh lakukannya dengan mengikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dalam blog ini.
1. Setelah anda buka aplikasi Instagram, anda perlu pergi ke bahagian Profile atau tekan saja pada gambar Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.
2. Seterusnya, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru kanan atas.
3. Selepas itu, tekan pada Settings.
4. Pada bahagian Tetapan ini, tekan pada Privacy.
5. Kemudian, tekan pada butang Private account disebelahnya.
6. Diingatkan, selepas penukaran ini, hanya pengikut anda saja yang dapat melihat foto dan video anda. Namun, ini tidak akan mengubah orang yang boleh menghantar mesej, mengetag atau menyebut anda tetapi anda tidak akan dapat mengetag orang yang tidak mengikuti anda.
7. Jadi, untuk meneruskan penukaran ke akaun peribadi, tekan Switch to Private.
Sekiranya anda berubah fikiran atau ingin tukar semula ke akaun umum, ulangi semula langkah yang ditunjukkan dalam blog ini.