Cara Tukar Kata Laluan Akaun airasia Superapp Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun airasia Superapp, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi airasia Superapp di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi airasia Superapp, pada laman log masuk ini, tekan pada Forgot Password untuk mula menukar kata laluan baru.
2. Seterusnya, isikan pula alamat emel yang berdaftar dengan aplikasi ini pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Reset Password.
3. Kemudian, pihak airasia akan menghantar satu emel pengesahan penetapan semula kata laluan. Dalam emel ini, anda perlu tekan pada pautan ini, reset your password untuk proses seterusnya.
4. Pada laman ini, isikan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Diiingatkan, kata laluan ini mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh airasia. Jika sudah selesai, tekan Submit.
5. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.
6. Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan airasia Superapp.