Cara Daftar Akaun Pos Malaysia Melalui Aplikasi
Melalui aplikasi Pos Malaysia, anda dapat jejaki penghantaran barang, mengira kos harga pos, cari poskod dan banyak lagi terus dari telefon anda. Ia juga memudahkan anda untuk membuat Nota e-Konsianan baru.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk daftar akaun Pos Malaysia melalui aplikasinya.
1. Setelah anda buka aplikasi Pos Malaysia, pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kiri.
2. Seterusnya, tekan pada Login.
3. Pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan pada Sign Up.
4. Selepas itu, isikan saja alamat emel anda pada ruangan yang disediakan.
5. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
6. Kemudian, lengkapkan saja butiran yang diminta seperti nama, kata laluan dan nombor telefon pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Sign Up.
7. Seterusnya, pihak Pos Malaysia akan menghantar satu emel pengesahan pendaftaran akaun. Dalam emel ini, anda perlu tekan pada pautan ini Confirm Account untuk proses verifikasi.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran akaun anda.