Cara Daftar Akaun BHPetrol eCard Mobile App dan Pautkan Kad Untuk Kumpul ePoints Dan Tebus Ganjaran | Referral Code: BHP0252399
Aplikasi BHPetrol eCard memudahkan anda untuk menyemak, mengumpul dan menebus mata ganjaran ePoints yang diperoleh dari setiap perbelanjaan yang dilakukan di stesen minyak BHPetrol dan rakan niaga eCards. Selain itu, anda boleh menyemak program-program ganjaran serta promosi yang sedang berlangsung. Yang paling penting, jangan lupa untuk pautkan BHPetrol eCard anda dalam aplikasi ini.
Jadi, ikuti blog ini untuk cara daftar akaun BHPetrol eCard dan pautkan kad BHPetrol melalui aplikasi ini.
1. Setelah anda buka BHPetrol eCard Mobile App, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan pada Sign Up.
2. Kemudian, pada laman pendaftaran ini, isikan saja butiran yang diminta seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor kad BHPetrol, alamat emel dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Untuk bahagian referral code, anda boleh masukkan kod rujukan dari rakan anda.
3. Atau boleh saja guna referral code dari kami ini.
4. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari aplikasi ini.
5. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
6. Seterusnya, anda perlu masukkan nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan sebagai pengesahan. Jika sudah selesai, tekan Confirm.
7. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan.
Selepas ini, anda akan terus log masuk ke aplikasi ini dan bolehlah mula semak mata ganjaran yang dikumpul selama ini atau boleh lihat ganjaran yang ditawarkan untuk ditebus.