Cara Daftar Akaun ASB Secara Online Di Aplikasi myASNB Tanpa Perlu Pergi Ke Kaunter Atau Bank
Kini, anda boleh membuka akaun ASB secara dalam talian tanpa perlu pergi ke mana-mana kaunter ejen yang sah menerusi aplikasi myASNB. Melalui aplikasi ini juga, anda boleh melabur dengan mudah di dalam mana-mana unit amanah ASNB dan pantau pelaburan anda, tanpa perlu hadir ke kaunter.
Jadi, dalam blog ini, kami akan kongsikan dengan anda cara untuk mendaftar atau membuka akaun pelaburan ASB menerusi aplikasi myASNB.
1. Selepas anda telah pasang aplikasi myASNB, buka aplikasi tersebut untuk melakukan pendaftaran. Pada laman ini, tekan pada ‘Daftar’.
2. Kemudian, isikan saja butiran yang dikehendaki seperti Jenis ID, Nombor ID, Nombor Telefon dan tandakan pada bulatan tersebut sebagai tanda persetujuan anda dengan terma dan syarat yang ditetapkan.
3. Sekiranya sudah selesai, tekan ‘Seterusnya’.
4. Satu kod verifikasi atau OTP akan dihantarkan ke nombor telefon anda. Gunakan kod OTP tersebut untuk pengesahan pada laman ini. Sekiranya sudah selesai, tekan ‘Seterusnya’.
5. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi yang diminta seperti Panggilan, Nama Penuh, Jantina, Bangsa, Agama, Tarikh Lahir, Alamat, Negara, Negeri, Bandar, Poskod, Emel, Bank dan Nombor Akaun Bank.
6. Sekiranya sudah selesai, tekan ‘Seterusnya’.
7. Satu mesej pop up akan dipaparkan dan anda perlu tekan ‘Ya’ sebagai tanda pengesahan maklumat akaun bank yang diisi tadi adalah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak ASB.
8. Pada laman pengisytiharan diri ini pula, pastikan maklumat diri anda telah ditandakan dengan betul. Sekiranya sudah selesai, tekan ‘Seterusnya’.
9. Pada laman maklumat pekerjaan pula, anda perlu memilih kategori profil dan pekerjaan yang disenaraikan dan tandakan pada bulatan tersebut sebagai tanda pengesahan maklumat yang diberikan tadi adalah benar dan tepat.
10. Sekiranya sudah selesai, tekan butang ‘Seterusnya’.
11. Langkah seterusnya adalah pengesahan identiti anda. Untuk meneruskan proses ini, anda perlu memberi akses kamera dan mikrofon untuk proses pengesahan tersebut dengan menekan ‘Mulakan Pengesahan’ dan lengkapkan saja proses pengesahan ini sehingga selesai.
12. Akhir sekali, anda hanya perlu tunggu saja sehingga pihak ASB selesai menyemak dokumen anda dan pihak mereka akan memaklumkan melalui SMS apabila pengesahan identiti anda telah diluluskan.
Mengikut pengalaman kami, pengesahan identiti ini tidak mengambil masa begitu lama, kira-kira dalam 5 minit macam tu. Selepas pengesahan identiti diluluskan, barulah anda boleh mendaftar akaun myASNB. Ikuti blog kami yang seterusnya untuk cara daftar akaun myASNB melalui aplikasi ini.