Cara Semak Tempat Mengundi Dan Saluran Serta Daftar Pemilih Secara Online Di Aplikasi MySPR Semak

Dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk menyemak daftar pemilih dan tempat mengundi secara online di telefon melalui aplikasi MySPR Semak.

1. Setelah muat turun, buka aplikasi MySPR Semak seperti biasa. Pada laman ini, untuk mula membuat semakan, tekan pada Semakan Daftar Pemilih.

2. Kemudian, anda dikehendaki untuk mengisi nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Semak.

3. Pada laman ini, ia akan paparkan butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina serta maklumat daftar pemilih yang telah disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.

Kami disini ingin nasihat kepada bakal pengundi supaya memilih calon yang bijak, prihatin, telus dan amanah demi masa depan negara. Selamat mengundi!

Cara Semak Status Permohonan Dan Kelulusan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR Di MySTR
Cara Daftar Akaun ASB Secara Online Di Aplikasi myASNB Tanpa Perlu Pergi Ke Kaunter Atau Bank

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *