Cara Beli Tiket Wayang Di GSC Cinemas Secara Online Melalui Aplikasi
Dengan aplikasi Golden Screen Cinemas (GSC), ia membolehkan anda untuk membeli tiket wayang GSC secara online tanpa perlu beratur ke kaunter mereka. Ia dapat menjimatkan waktu dan tenaga anda disamping dapat melihat senarai movie yang bakal ditayangkan serta waktu tayangan cerita tersebut.
Jadi, dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara bagaimana untuk membeli tiket wayang GSC secara dalam talian melalui aplikasinya.
1. Selepas anda buka aplikasi GSC Cinemas, pada laman utama ini, anda pilih saja mana-mana cerita pada yang disenaraikan ini untuk membeli tiket tersebut. Atau anda juga boleh membuat carian movie tersebut pada ikon Search ini.
2. Setelah itu, ia akan menyenaraikan tempat pawagam yang menayangkan cerita tersebut berserta waktu tayangannya. Anda perlu pilih tempat pawangan dan waktu tayangan yang disenaraikan ini.
3. Kemudian, pada bahagian bawahnya pula, setelah anda membuat pilihan tempat dan waktu tayangan cerita tersebut, tekan Select Seat.
4. Pada laman ini, ia akan menunjukkan tempat duduk yang masih kosong dan yang telah ditempah. Anda perlu pilih mana-mana seat yang masih available. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.
5. Pada laman ini pula, anda diberi pilihan untuk memilih jenis tiket mengikut kategori anda sama ada orang dewasa, kanak-kanak, OKU, warga emas atau pelajar. Setiap jenis tiket ini mempunyai harga dan kelayakan yang berbeza. Pastikan anda telah membuat pilihan yang betul. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Confirm.
6. Pada laman e-combo ini, anda boleh memilih snek atau makanan yang ditawarkan. Setelah membuat pilihan, tekan Total dibawah sekali.
7. Pada laman Review Summary ini, pastikan maklumat pembelian tiket anda adalah betul dan tekan pada bulatan ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat GSC.
8. Sekiranya sudah selesai, tekan Checkout & Pay.
9. Pastikan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah betul. Kemudian, anda perlu memilih kaedah pembayaran pada bahagian Payment Mode. Terdapat pelbagai jenis pembayaran dalam talian yang disediakan.
10. Seterusnya, anda perlu tekan pada kotak tersebut sebelum meneruskan pembayaran sebagai tanda persetujuan dengan syarat yang dinyatakan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Pay dan lengkapkan saja proses bayaran tersebut sehingga selesai.
10. Akhir sekali, ia akan memaparkan status pembelian tiket tersebut.
11. Jadi, untuk menggunakan tiket ini, anda perlu pergi ke bahagian Me.
12. Kemudian, tekan pada bahagian My Tickets.
13. Gunakan kod QR ini atau confirmation ID untuk diimbas atau disemak oleh staff GSC sebelum membenarkan anda untuk memasuki pawagam.
Selepas ini, anda boleh terus saja menempah tiket wayang di GSC melalui aplikasi ini tanpa lagi perlu beratur di kaunter.
Fitra
June 13, 2023 - 6:49 am
Blh byr guna maybank2u x?
Admin
June 13, 2023 - 7:09 pm
Boleh.