Cara Daftar Akaun MAE By Maybank2u
Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda cara untuk daftar akaun baru dompet digital MAE by Maybank2u dari Maybank.
1. Bagi yang pertama kali muat turun aplikasi MAE by Maybank2u ini, untuk pendaftaran akaun MAE, anda perlu tekan pada ikon hello! Ini.
2. Kemudian, anda diberi pilihan sama ada ingin log masuk sebagai pengguna sedia ada MAE atau pun sekiranya anda pengguna baru, boleh lah tekan pada bahagian No account? Apply for a mae account now.
3. Seterusnya, tekan Next.
4. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk mengisi nama penuh anda seperti di dalam Mykad atau passport. Anda juga dikehendaki untuk mengisi nombor telefon. Jika sudah selesai, tekan Continue.
5. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk memilih jenis ID pengenalan sama ada Mykad atau passport. Untuk mykad, anda hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan manakala bagi bukan warganegara Malaysia, anda dikehendaki untuk mengisi nombor passport, tarikh lahir dan negara. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
6. Jadi, untuk pendaftaran akaun MAE ini, anda dikehendaki untuk log masuk ke dalam akaun Naybank2u dengan menekan pada Continue.
7. Anda dikehendaki untuk mengisi nama pengguna akaun Maybank2u dan tekan pada Continue. Dan ikuti langkah seterusnya yang sama seperti anda log masuk ke akaun Maybank2u.
8. Pada laman PIN ini, anda dikehendaki untuk mencipta 6 digit PIN keselamatan untuk wallet MAE ini. Dah sila sahkan PIN keselamatan ini untuk proses seterusnya.
9. Anda juga diberi pilihan untuk mengaktifkan fungsi biometrik ID untuk akses segera pada aplikasi MAE ini.
10. Kemudian, anda diberi pilihan untuk menggunakan nombor telefon sedia ada pada akaun Maybank2u atau menukar pada nombor telefon lain untuk transaksi yang dijalankan dalam aplikasi MAE ini. Dan jangan lupa untuk klik Yes, Proceed.
11. Seterusnya, anda dikehendaki untuk mengisi nombor OTP yang telah dihantarkan sebagai SMS pada nombor telefon anda.
12. Ok, pada halaman ini pula. Anda diberi pilihan untuk menggunakan apa-apa nama panggilan yang akan digunakan untuk interaksi dalam aplikasi ini.
13. Dan akhir sekali, anda diberi pilihan untuk mengaktifkan akaun MAE atau anda boleh guna terus dari akaun simpanan Maybank2u.
14. Akhir sekali, tekan Done dan dah siap!