Cara Reset Password Atau Tetapkan Semula Nama ID Dan Kata Laluan CIMB Clicks Bagi Anda Yang Terlupa
Sekiranya anda terlupa kata laluan atau nama ID bagi akaun CIMB Clicks sendiri, anda boleh menetap semula maklumat login tersebut tanpa perlu ke kaunter CIMB Bank atau menghubungi khidmat pelanggan mereka.
Jadi, dalam blog kali ini, kami nak kongsi cara mudah untuk anda menetapkan semula kata laluan atau nama ID bagi akaun CIMB Clicks melalui browser di telefon anda.
1. Anda pilih saja mana-mana browser yang terdapat di telefon anda. Sebagai contoh, kami menggunakan browser Google Chrome. Anda google saja cimbclicks atau layari terus di pautan cimbclicks.com.my/clicks/.
2. Kemudian, pada laman log masuk CIMB Clicks ini, anda tekan saja pada bahagian ‘Forgot User ID or Password?’.
3. Pada laman ini, tekan pada bahagian ‘How did you register for CIMB Clicks’.
4. Ia akan paparkan beberapa pilihan dan anda perlu menekan pilihan tersebut berdasarkan pada bagaimana anda mendaftar untuk CIMB Clicks seperti CIMB Debit Card, CIMB Debit or Credit Card, Loan or Financing, Structured Investment, Unit Trust dan CIMB Kwik or Prepaird Mastercard.
5. Seterusnya, isikan saja nombor kad ATM dan PIN anda pada ruangan yang disediakan.
6. Selepas itu, anda perlu scroll ke bawah sedikit dan isikan saja kata keselamatan yang dipaparkan pada ruangan yang disediakan. Kemudian, anda perlu tandakan pada kotak ‘By agreeing, I confirm that I have read and accept all the Terms & Conditions therein’ sebagai tanda persetujuan dengan terma tersebut.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan pada ‘Next’.
8. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk mengisikan nama pengguna ID anda beserta kata laluan yang baru pada ruangan yang disediakan. Diingatkan bagi kata laluan ini, CIMB Bank menetapkan kriteria tertentu, jadi pastikan anda mengikuti kriteria yang telah ditetapkan oleh mereka. Untuk mengetahui setiap kriteria tersebut, anda boleh tekan pada ikon bersimbol tanda ? yang terletak disebelahnya.
9. Sekiranya sudah selesai, tekan pada ‘Request for TAC’.
10. Dan isikan saja nombor TAC yang diterima tadi pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan pada ‘Next’.
11. Pada laman ini, ia akan memaparkan status penukaran tersebut telah berjaya dilakukan.
Dan anda boleh log masuk ke akaun CIMB Clicks seperti biasa dengan menggunakan kata laluan atau ID pengguna yang baru ditukarkan tadi.
Sekiranya anda masih lagi menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan CIMB Bank.