Cara Tukar Nama Di Facebook Melalui Aplikasi

Sekiranya anda ingin menukar nama di akaun Facebook sendiri, anda boleh menukar ke nama baru melalui aplikasi dengan mengikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dalam blog ini.

1. Setelah anda membuka aplikasi Facebook, anda perlu pergi ke bahagian Menu atau tekan saja pada gambar Profile yang terletak di atas kanan.

2. Pada laman ini pula, anda perlu scroll ke bawah dan tekan pada Settings & privacy.

3. Pada bahagian Setting & privacy ini, tekan pada Settings.

4. Kemudian, untuk mula menukar nama, tekan pada Personal Information.

5. Pada bahagian General ini, tekan pada Name.

6. Selepas itu, anda isikan saja nama baru pada ruangan yang disediakan. Diingatkan selepas membuat penukaran nama ini, anda tidak boleh mengubah atau menukar ke nama lain dalam tempoh 60 hari. Sekiranya sudah selesai, tekan pada Review Change.

7. Pada bahagian Preview ini, Facebook akan mencadang beberapa pilihan bagaimana nama anda akan dipaparkan. Kemudian, anda dikehendaki untuk mengisi kata laluan pada ruangan dibawahnya. Sekiranya sudah selesai, tekan Save changes.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran nama anda. Anda masih lagi diberi pilihan untuk menukar nama baru ini kepada sebelum ini dengan menekan pada Use Previous Name atau Cancel tetapi hendaklah dilakukan dalam tempoh 2 hari.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui Portal SAPS
Cara Transfer Atau Keluarkan Duit ASB Ke Akaun Bank Melalui Aplikasi myASNB

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *