Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui Portal SAPS
Dalam blog kali ini, kami nak kongsi dengan anda terutama kepada golongan ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak anak masih sekolah lagi iaitu cara-cara untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anda secara online.
Untuk menyemak, ibu bapa boleh melakukannya dengan melayari laman web SAPS, singkatan untuk sistem analisis peperiksaan sekolah. Sistem ini dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Jadi ia memudahkan capaian maklumat ke semua pihak seperti KPM, JPN, PPD, pihak sekolah dan ibu bapa.
Jadi, antara keputusan peperiksaan sekolah yang boleh disemak melalui portal SAPS ini adalah:
1) Keputusan peperiksaan sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6.
2) Keputusan peperiksaan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5
3) Ujian 1
4) Peperiksaan pertengahan tahun
5) Ujian 2
6) Peperiksaan akhir tahun
7) Peperiksaan percubaan seperti UPSR, PT3 dan SPM
Untuk membuat semakan ini sangat mudah.
1. Layari laman web SAPS iaitu sapsnkra.moe.gov.my.
2. Kemudian, klik pada SEMAKAN IBU BAPA.
3. Seterusnya, masukkan maklumat pelajar seperti nombor kad pengenalan atau sijil lahir. Untuk carian sekolah, lengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti nama negeri, daerah dan sekolah.
4. Seperti yang dipaparkan disini, ia akan menunjukkan maklumat seperti nama murid, nama guru dan ibu bapa mempunyai pilihan untuk melihat keputusan peperiksaan anak anak mengikut tahun dan jenis peperiksaan.
Diharapkan dengan sistem analisis peperiksaan sekolah saps ini dapat memudahkan terutama kepada ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak mereka serta membantu untuk meningkatkan prestasi anak mereka terutama pada subjek pelajaran yang lemah supaya dapat dibaiki.