Cara Daftar Akaun Lalamove Untuk Tempah Servis Penghantaran Barang Dan Parcel Terus Dari Telefon

Jika anda menghadapi kesulitan untuk menghantar barang seperti tiada kenderaan sendiri atau pun jika anda seorang peniaga dan memerlukan perkhidmatan penghantaran yang murah dan senang, terdapat pelbagai alternatif yang ada di pasaran seperti Lalamove.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk daftar akaun Lalamove melalui aplikasinya.

1. Pertama sekali, selepas anda buka aplikasi Lalamove, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan pada Get Started.

2. Kemudian, untuk pendaftaran sebagai individu, tekan pada Individual.

3. Pada bahagian pendaftaran ini, isikan saja butiran yang diminta seperti nombor telefon, alamat emel dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Lalamove.

4. Sekiranya sudah selesai, tekan Sign Up.

5. Kemudian, isikan saja 4 digit kod yang diterima pada ruangan ini.

6. Akhir sekali, tekan pada Skip yang terletak diatas atau untuk terus membuat tempahan servis penghantaran ini, tekan pada See Where We Deliver.

Cara Daftar Ahli Club 31 Baskin-Robbins Malaysia Melalui Aplikasi | Referral Code 91285375
Cara Daftar Akaun idMe Sistem Pengurusan IDentiti Untuk Pendaftaran Murid Tahun 1 Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *