Cara Daftar Akaun MyJPJ Sebagai Pengguna Baru Melalui Aplikasi

Dengan aplikasi MyJPJ, ia memudahkan anda untuk memperoleh maklumat seperti lesen memandu, cukai jalan, semakan saman, dan sebagainya terus dari JPJ dengan lebih mudah diakses dengan cepat.

Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu terlebih dahulu berdaftar akaun baru MyJPJ atau MySikap. Jadi, dalam video ini, kami nak kongsi dengan anda cara untuk daftar akaun baru melalui aplikasi MyJPJ.

1. Selepas anda buka aplikasi MyJPJ, pada laman utama ini, untuk mula mendaftar, tekan pada Daftar Akaun Baharu.

2. Seterusnya, isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.

3. Pada bahagian ini, anda perlu sahkan butiran yang dipaparkan adalah betul seperti nama dan nombor kad pengenalan. Pada bahagian bawahnya, anda dikehendaki mengisi butiran yang diminta seperti nombor telefon dan alamat emel pada ruangan yang disediakan. Kemudian, anda perlu tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan maklumat yang diberikan adalah betul dan sah.

4. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.

5. Selepas itu, untuk log masuk kali pertama, anda dikehendaki untuk menjawab soalan keselamatan yang diberikan. Sekiranya sudah selesai, tekan Seterusnya.

6. Kemudian, anda dikehendaki untuk cipta kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Diingatkan, kata laluan ini mempunyai kriteria tersendiri yang perlu anda penuhi. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran akaun anda. Selepas ini, anda boleh log masuk seperti biasa.

Cara Muat Turun Atau Download Penyata Maybank Melalui Aplikasi MAE
Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui Portal SAPS

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *