Cara Daftar Atau Login BIMB Mobile App Untuk Lakukan Transaksi Online Dan Internet Banking Bank Islam

Dengan aplikasi BIMB Mobile dari Bank Islam, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan secara dalam talian sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran bil, tambah nilai dan lain-lain transaksi terus dari telefon anda.

Cara Untuk Log Masuk Akaun Bank Islam Di Aplikasi BIMB Mobile

1. Pada laman log masuk ini, untuk pengguna baru, tekan New Online Banking User. Manakala, bagi pengguna Bank Islam sedia ada yang telah berdaftar, tekan Existing Online Banking User.

2. Tekan Agree & Continue sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari aplikasi ini.

3. Jika anda terlupa maklumat log masuk seperti nama pengguna, tekan Forgot Login Details. Manakala, sekiranya anda belum berdaftar, tekan Register Now. Bagi pengguna Bank Islam sedia ada yang telah berdaftar dan masih ingat maklumat log masuk, isikan nama pengguna anda. Selepas itu, tekan Next.

4. Tekan Confirm sebagai tanda pengesahan imej dan frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul.

5. Isikan kata laluan anda. Selepas itu, tekan Next.

6. Untuk lakukan tetapan aplikasi ini, tekan Next.

7. Tekan Confirm dan daftarkan cap jari anda untuk ciri keselamatan biometrik. Selepas itu, tekan Next.

8. Anda diberi pilihan untuk menetapkan had transaksi bagi Quick Transfer. Seterusnya, tekan Next.

9. Pilih akaun untuk pendaftaran DuitNow QR sama ada dari akaun simpanan atau akaun lain jika ada. Selepas itu, tekan Next.

10. Tekan Confirm jika maklumat yang dipaparkan adalah betul.

11. Langkah seterusnya, anda perlu lakukan Online Activation sama ada di mesin ATM atau cawangan Bank Islam berhampiran sebelum dibenarkan untuk lakukan transaksi perbankan dari aplikasi ini.

Cara Sorok Atau Hide Baki Akaun Simpanan Dan Nombor Akaun Bank Islam Di BIMB Mobile App
Cara Sandarkan Sejarah Sembang WhatsApp Anda Atau Back Up Chat Di Aplikasi WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *