Cara Muat Turun Atau Download Penyata Maybank Melalui Aplikasi MAE

Bagi pengguna Maybank, anda boleh dapatkan penyata bank tanpa perlu ke cawangan Maybank dimana anda boleh dapatkan penyata ini dengan hanya dihujung jari saja melalui akaun Maybank2u di aplikasi MAE.

Jadi, dalam blog yang ringkas ini, kami akan kongsi dengan anda cara mudah untuk dapatkan penyata bank melalui aplikasi MAE.

1. Selepas anda buka aplikasi MAE, pada laman ini, tekan pada Maybank2u.

2. Tekan pada akaun Savings.

3. Pada bahagian ini pula, tekan pada View Statements.

5. Ia memberi anda pilihan untuk muat turun penyata bank mengikut tahun dan bulan. Baru-baru ini, Maybank telah membenarkan pengguna untuk muat turun penyata bank bulanan terkini.

6. Jadi, untuk muat turun penyata tersebut, anda boleh tekan pada butang Share yang terletak di penjuru atas kanan ini. Dan boleh terus share ke Whatsapp, Telegram atau simpan terus dalam bentuk PDF.

Selepas ini, anda boleh gunakan penyata ini untuk pelbagai jenis urusan yang memerlukan penyata bank seperti ingin memohon pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya.

Cara Tukar Kata Laluan Akaun MyEG Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Cara Daftar Akaun MyJPJ Sebagai Pengguna Baru Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *