Cara Withdraw Atau Keluarkan Duit Dari Wallet Luno Dan Transfer Ke Akaun Bank Anda
Cara Untuk Pindahkan atau Withdraw Duit Dari Wallet Luno Ke Dalam Akaun Bank Anda
1. Pada laman utama ini, tekan Wallets.
2. Tekan Withdraw.
3. Ia akan paparkan senarai akaun bank yang telah disimpan. Jika pertama kali membuat pindahan ke akaun bank, tekan Add new bank details.
4. Isikan butiran yang diminta seperti nama pemilik akaun bank, nama bank dan nombor akaun. Selepas itu, tekan Submit.
5. Jika akaun bank anda telah disahkan, ia akan paparkan nama bank akaun tersebut dan untuk buat pindahan ini, pilih akaun bank anda.
6. Isikan amaun pindahan duit yang ingin dikeluarkan.
7. Tekan butang Next.
8. Untuk sahkan transaksi ini, tekan Confirm.
9. Isikan nombor PIN akaun Luno anda untuk langkah keselamatan.
10. Kalau anda terlupa nombor PIN, boleh tekan Forgot PIN.
11. Ia akan paparkan status pindahan duit dari Wallet Luno ke akaun bank anda.