Cara Semak Status Pra Sekolah Taska Tadika Yang Berdaftar Dengan KPM Di Sistem ePrasekolah

Terdapat banyak kes yang berlaku di taska dan pra sekolah anak-anak seperti buli, penderaan dan juga kes kebakaran. Oleh itu, sangat penting bagi ibu bapa untuk selidik dahulu sama ada taska yang anda pilih sudah mendaftar atau belum dengan Kementerian Pendidikan.

Cara Semak Pra Sekolah Berdaftar Dengan KPM

1. Pastikan anda telah daftar akaun Pengguna ePrasekolah terlebih dahulu sebelum buat semakan ini. Pertama sekali, anda perlu layari sistem ePrasekolah di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/.

2. Pada laman log masuk ini, log masuk ke akaun anda seperti biasa. Bagi yang belum berdaftar, tekan saja pada Daftar Pengguna.

3. Pada laman utama ini, tekan pada Carian Institusi untuk mula menyemak.

4. Pada laman ini, untuk memudahkan carian taska anak, anda boleh menapis carian ini berdasarkan pada negeri, PPD, Status, Agensi Pelaksana dan Nama Institusi. Selepas itu, tekan butang Carian.

5. Ia akan paparkan hasil dari carian tersebut. Sebagai contoh, kami tekan hasil carian nombor satu ini.

6. Ia akan paparkan kod institusi pra sekolah tersebut dan beberapa maklumat lain seperti nama, lokasi, alamat, bahada pengantar, sesi dan status.

Memilih taska dan pra sekolah untuk anak-anak memulakan pendidikan merupakan perkara yang bukan mudah, jadi sekurang-kurangnya kita perlulah lakukan semakan pendaftaran taska tersebut untuk memastikan keselamatan dan masa depan anak-anak terjamin.

Cara Kunci Mesej Dan Chat Di WhatsApp Dengan Kata Laluan Atau Cap Jari | Chat Lock
Cara Daftar Akaun TGV Cinemas MovieClub Di TGV Mobile App

Comments

  1. ahmad haziq haiqal bin ahmad kamrul
    February 26, 2024 - 7:50 pm

    required fields are marked

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *