Cara Login Dan Daftar Masuk App Maybank2u MY
Dengan aplikasi Maybank2u MY, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan secara online sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran, tambah nilai dan pelbagai jenis urusan terus dari telefon anda.
Cara Log In Dan Daftar Masuk App Maybank2u MY Untuk Lakukan Transaksi Online Dan Internet Banking
1. Tekan pada Get Started.
2. Kemudian, tekan pada Agree sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari aplikasi ini.
3. Pada laman ini, jika anda telah mempunyai akaun Maybank2u, tekan login to my Maybank2u.
4. Tekan Maybank2u.
5. Isikan nama pengguna Maybank2u anda.
6. Tekan Next.
7. Kemudian, isikan kata laluan akaun Maybank2u anda.
8. Tekan Login.
9. Pada laman ini, anda diberi pilihan untuk mengaktifkan sekuriti biometrik untuk log masuk ke aplikasi ini dengan menekan pada Enabble Quick Touch.
10. Akhir sekali, ia akan paparkan akaun anda.