Cara Daftar eSmartLock Melalui Aplikasi l eLinkSmart Padlock

eSmartLock ialah perisian klien mudah alih kunci pintar di bawah eLinkSmart. Jika anda memiliki atau menggunakan kunci pintar ini, melalui aplikasinya, anda boleh menambah akses kepada pengguna untuk membuka kunci pintar.

Dan, jika anda kehilangan kunci simpanan dan fungsi pengesan cap jari tidak dapat digunakan, anda boleh membuka kunci pintar ini terus dari aplikasi.

Cara Daftar eSmartLock Melalui Aplikasi

1. Selepas anda buka aplikasi eSmartLock, pada laman log masuk ini, tekan Register untuk mula mendaftar.

2. Kemudian, isikan butiran yang diminta seperti nama pengguna, kata laluan dan alamat emel pada ruangan yang disediakan. Selepas itu, tekan Register now.

3. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan. Selepas ini, anda boleh log masuk seperti biasa untuk pautkan kunci pintar dengan aplikasi ini.

Cara Tukar Nombor Telefon Dalam Akaun Grab Driver Melalui Aplikasi
Cara Daftar Akaun Pengguna MyJalan KKR Untuk Membuat Aduan Kerosakan Jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *