Cara Edit WhatsApp Dan Tukar Mesej Yang Telah Dihantar Ke Rakan Atau Kumpulan
Anda boleh mengedit sebarang mesej yang telah dihantar dalam WhatsApp sehingga 15 minit dan mesej itu akan dikemas kini untuk semua orang dalam mesej. Pastikan anda telah menggunakan versi terkini WhatsApp untuk menggunakan ciri mengedit mesej ini.
Cara Edit WhatsApp Dan Tukar Mesej Yang Telah Dihantar Ke Rakan Atau Kumpulan
1. Selepas anda buka aplikasi WhatsApp, anda boleh cuba ciri ini dengan menghantar mesej ke rakan atau dalam kumpulan.
2. Sebagai contoh kami, kami telah menghantar mesej Cara Edit WhatsApp dalam kumpulan.
3. Untuk mengedit mesej ini, anda perlu tekan pada mesej ini sekurang-kurangnya dalam 2 saat.
4. Selepas itu, anda tekan pada butang tiga titik bertindih yang terletak diatas.
5. Seterusnya, tekan pada Edit.
6. Kemudian, di bawahnya, anda boleh menukar atau edit terus mesej yang telah dihantar tadi.
7. Diingatkan, mesej yang diedit akan mempunyai perkataan “diedit” atau “edited” di bawah mesej tersebut. Selain itu, mengedit mesej tidak akan menghantar pemberitahuan kepada orang dalam sembang anda. Dan buat masa sekarang ini, anda tidak boleh mengedit foto, video atau jenis media lain.