Cara Unlink Akaun ASNB Anda Dari Touch ‘n Go eWallet I Nyahpautkan myASNB ASB Dari TNG eWallet
Jika anda telah pautkan akaun ASNB dengan TNG eWallet dan ingin nyahpautkan atau unlink dari ewallet ini, anda boleh lakukannya dengan mengikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dibawah ini.
Cara Unlink Akaun ASNB Anda Dari Touch ‘n Go eWallet I Nyahpautkan myASNB ASB Dengan TNG eWallet
1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada ASNB.
2. Tekan pada butang tiga titik bertindih ini yang terletak di atas.
3. Kemudian, tekan Unlink your ASNB account.
4. Untuk meneruskan proses ini, tekan Unlink my ASNB account now yang terletak dibawah.
5. Sebagai pengesahan, tekan Confirm.
6. Akhir sekali, ia akan paparkan status pautan akaun ASNB anda dari akaun TNG eWallet ini.