Cara Daftar Akaun chargEV Malaysia Melalui Aplikasi

chargEV mempunyai rangkaian pengecasan awam terbesar di Malaysia, dengan lebih 300 titik pengecasan di seluruh negara. Melalui aplikasinya, ia memudahkan anda sebagai pemilik kenderaan EV untuk mengakses kepada infrastruktur pengecasan yang diperlukan seperti lokasi pengecas berdekatan dan mengaktifkannya.

Cara Daftar Akaun chargEV Melalui Aplikasi

1. Selepas anda buka aplikasi chargEV, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan Register Now.

2. Seterusnya, isikan saja butiran yang diminta seperti nama dan alamat emel. Jika sudah selesai, tekan Continue.

3. Kemudian, anda dikehendaki untuk cipta kata laluan pada ruangan yang disediakan. Diingatkan, kata laluan ini mempunyai kriteria yang tersendiri. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.

4. Selepas itu, isikan pula nombor telefon pada ruangan yang disediakan.

5. Dibawahnya, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari chargEV.

6. Tekan Continue.

7. Seterusnya, isikan nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Verify untuk pengesahan.

8. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan.

Cara Daftar Akaun Pengguna SPA9 Untuk Mohon Dan Semak Permohonan Kerja Dengan Kerajaan Di Sistem SPA
Cara Tukar Kata Laluan App Eco-Shop Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *