Cara Tambah Kad Bank Anda Dalam Google Wallet I Add And Register Bank Card To Use Google Pay

Pastikan, kad bank anda telah menyokong pembayaran menggunakan Google Wallet. Untuk melihat senarai bank yang menyokong fungsi ini, anda boleh semak di laman ini jenis kad yang boleh dipautkan dengan Google Wallet untuk pembayaran secara nirtunai.

Cara untuk tambah kad bank atau daftar debit card anda untuk pembayaran secara nirtunai NFC menggunakan aplikasi Google Wallet

1. Selepas anda buka aplikasi Google Wallet, pada laman utama ini, tekan butang Add a card.

2. Kemudian, anda dikehendaki untuk mengisikan maklumat kad bank tersebut seperti nombor kad, tarik luput, CVC dan alamat pada ruangan yang disediakan.

3. Jika sudah selesai, tekan Save.

4. Tekan pada Accept sekiranya anda menerima terma dan syarat dari kad bank tersebut.

5. Untuk pengesahan, anda diberi pilihan sama ada secara penghantaran kod atau hubungi dengan pihak bank. Sebagai contoh, kami tekan Text me a code.

6. Selepas itu, tekan Continue.

7. Seterusnya, isikan saja kod yang diterima pada ruangan yang disediakan.

8. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.

9. Kemudian, untuk jadikan pembayaran secara Google Pay sebagai mod utama bayaran, tekan Set as default.

10. Akhir sekali, kad bank anda telah berjaya dipautkan dan boleh mula membayar secara nirtunai menggunakan Google Wallet.

Cara Daftar Rize Malaysia MY I Buka Akaun Al Rajhi Digital Bank Melalui App
Cara Daftar Akaun Tumpang Delivery Melalui Aplikasi Untuk Order Servis Penghantaran Barangan

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *