Cara Daftar atome MY – Buy now Pay Later Melalui Aplikasi

Atome ialah platform pembiayaan pengguna digital terkemuka yang menawarkan pembayaran fleksibel kepada pengguna, serta penjimatan pintar dan pilihan membeli-belah yang bermanfaat. Melalui aplikasinya, Atome menawarkan pilihan, kemudahan dan fleksibiliti kepada pengguna dalam cara mereka memilih untuk membeli-belah dan membayar.

Cara Daftar Atome Melalui Aplikasi Atome MY – Buy Now Pay Later

1. Selepas anda buka aplikasi atome, pada laman pendaftaran ini, isikan saja nombor telefon anda pada ruangan yang disediakan.

2. Jika sudah selesai, tekan Next.

3. Untuk pengesahan, anda perlu lengkapkan teka teki dengan menarik potongan gambar ini.

4. Seterusnya, isikan saja kod verifikasi yang diterima pada ruangan yang disediakan.

5. Selepas itu, anda perlu cipta 6 digit kod laluan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

6. Anda perlu sekali lagi isikan 6 digit kod laluan tadi sebagai pengesahan.

7. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan.

Cara Pautkan Kad Mesra PETRONAS Atau Link Card Dengan Aplikasi Setel Untuk Tebus Mata Ganjaran
Cara Semak Kelayakan Bantuan RM300 Subsidi Tiket Penerbangan Untuk Pelajar FLYsiswa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *