Cara Semak Jumlah Penggunaan Data UMobile Melalui Aplikasi MyUMobile
Aplikasi MyUMobile memberi kemudahan kepada anda untuk memilih dan membeli pelan internet serta panggilan. Selain itu, anda juga boleh menyemak baki terkini kredit dan membuat tambah nilai terus menggunakan aplikasi ini.
Cara Semak Jumlah Penggunaan Data Internet UMobile Melalui Aplikasi MyUMobile
1. Selepas anda buka aplikasi MyUMobile, pada laman utama ini, tekan pada View All Usage Details.
2. Pada laman ini, ia akan paparkan beberapa maklumat mengenai akaun UMobile anda. Pada bahagian atas, ia akan memberitahu status terkini tempoh sah kredit nombor telefon ini.
3. Pada bahagian Data pula, jika anda langgan pelan Prepaid U40, dibawahnya, ia akan paparkan jumlah terkini penggunaan data yang telah anda gunakan.
4. Ia juga akan turut paparkan jumlah penggunaan kuota Mobile Hotspot dan Basic Data.
5. Jika anda ingin menambah atau membeli pelan atau data tambahan lain, tekan Buy Add-Ons.