Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari CIMB Bank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di App CIMB OCTO MY

Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun CIMB Bank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi CIMB OCTO MY secara JomPAY.

1. Selepas anda log masuk ke aplikasi CIMB OCTO, pada laman utama ini, tekan pada JomPAY yang terletak di tengah.

2. Seterusnya, tekan New JomPAY.

3. Pada laman JomPAY ini, untuk bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit.

4. Manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima.

5. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.

6. Anda juga diberi pilihan untuk simpan maklumat akaun Tabung Haji ini dengan menekan Save as Favourite.

7. Jika sudah selesai, tekan Next.

8. Selepas itu, pilih jenis akaun untuk pindahan duit ke akaun Tabung Haji ini. Jika sudah selesai, tekan Next.

9. Kemudian, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

10. Sahkan maklumat transaksi ini seperti Biller Code, nombor akaun Tabung Haji penerima dan amaun pindahan seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Approve via SecureTAC.

11. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun atau kongsi resit transaksi ini, tekan butang Share.

Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.

Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.

Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Hong Leong Bank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di HLB Connect
Cara Daftar App Shell Asia Dan Pautkan Kad BonusLink

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *