Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Akaun Bank BSN Ke Akaun Tabung Haji Anda Di myBSN
Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah simpanan dari akaun bank BSN ke akaun Tabung Haji di myBSN melalui pelayar web terus dari telefon anda.
1. Anda perlu layari portal myBSN di pautan www.mybsn.com.my. Selepas itu, anda perlu log masuk ke akaun seperti biasa. Pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kiri.
2. Selepas itu, tekan pada Payments dan Payee Corporation.
3. Pada laman ini, tekan pada Payee Category dan pilih Deposit/Investment.
4. Dibawahnya pula, tekan Payee Name dan pilih Lembaga Tabung Haji.
5. Jika sudah selesai, tekan Submit.
6. Pada bahagian ini, lengkapkan maklumat yang diminta seperti jenis akaun untuk pindahan ini, pindahan ke akaun baru, nombor akaun Tabung Haji penerima, nombor kad pengenalan penerima, nama dan amaun pindahan pada ruangan yang disediakan.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
8. Kemudian, anda akan dapat satu mesej pop up dari aplikasi BSNSecure atau anda boleh terus saja buka aplikasi ini. Untuk sahkan transaksi ini, tekan Approve.
9. Kemudian, anda perlu pergi semula pada laman myBSN tadi. Ia akan paparkan status transaksi tersebut. Anda diberi pilihan untuk cetak atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Get Receipt.
10. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Pay Another Bill.