Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Tabung Haji Melalui App MAE by Maybank2u

Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah simpanan dari akaun Maybank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi MAE by Maybank2u.

1. Selepas anda buka atau log masuk ke aplikasi MAE, pada laman utama ini, tekan Accounts yang terletak di bawah.

2. Kemudian, tekan pada jenis akaun simpanan anda bagi pindahan duit ini.

3. Seterusnya, tekan Transfer.

4. Selepas itu, pada bahagian atas ini, anda perlu swipe atau tarik ke arah kiri dan tekan Tabung Haji.

5. Untuk transaksi baru, tekan Tabung Haji.

6. Pada laman ini, anda perlu pilih jenis akaun Maybank dan jenis akaun Tabung Haji penerima. Jika sudah selesai, tekan Continue.

7. Pada bahagian ini, lengkapkan butiran penerima seperti nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.

8. Kemudian, isikan saja amaun pindahan duit ke akaun Tabung Haji penerima pada ruangan yang disediakan.

9. Jika sudah selesai, tekan Next.

10. Selepas itu, isikan pula maklumat rujukan pindahan ini pada ruangan yang disediakan.

11. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.

12. Pada laman pengesahan ini, pastikan maklumat akaun Tabung Haji penerima yang dipaparkan adalah betul seperti nombor akaun dan nama penerima.

13. Jika sudah selesai, tekan Transfer Now.

14. Untuk sahkan transaksi ini, tekan Approve.

15. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk simpan atau kongsi resit transaksi ini, tekan pada Share Receipt.

16. Dan jika anda ingin menyimpan maklumat akaun Tabung Haji ini bagi memudahkan urusan transaksi pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourites.

Cara Buat Semakan OKU Seperti Status OKU Dan Permohonan Kad OKU Secara Online
Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Akaun Bank BSN Ke Akaun Tabung Haji Anda Di myBSN

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *