Cara Muat Turun Penyata Atau Statement KWSP Dari Aplikasi KWSP i-Akaun

Bagi ahli KWSP, anda boleh dapatkan penyata tahunan KWSP tanpa perlu ke cawangan KWSP dimana anda boleh dapatkan penyata ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk dapatkan penyata KWSP secara online melalui aplikasinya di telefon masing-masing.

Pertama sekali, selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun, pada laman utama ini, terdapat beberapa cara untuk dapatkan penyata KWSP dari akaun anda.

1. Salah satu caranya, pada laman utama ini, anda tekan pada Simpanan.

2. Kemudian, anda pergi ke bahagian ringkasan akaun simpanan KWSP. Selepas itu, tekan Lihat Butiran.

3. Seterusnya, terdapat butang Download, dimana jika anda tekan pada butang ini, ia akan paparkan pilihan kepada anda untuk muat turun penyata ikut tahun.

4. Jadi, selepas anda pilih jenis tahun penyata, tekan Muat turun penyata.

5. Ia akan secara automatik muat turun penyata ini yang akan disimpan dalam format PDF dimana anda boleh gunakan untuk pelbagai jenis urusan yang memerlukan penyata KWSP ini seperti ingin memohon pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya.

Cara Tukar Kata Laluan Aplikasi KWSP i-Akaun Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Cara Membuat Caruman Atau Simpanan Tambahan KWSP Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *