Cara Dapatkan Semula ID Pengguna Aplikasi KWSP i-Akaun Atau User ID Bagi Yang Terlupa
Dengan aplikasi KWSP i-Akaun, anda boleh melihat baki caruman, jumlah caruman terkumpul, penyata KWSP, jumlah dividen dan sebagainya terus dari telefon anda tanpa perlu lagi pergi ke cawangan KWSP.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda untuk dapatkan semula ID pengguna aplikasi KWSP i-Akaun di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi KWSP i-Akaun, pada laman daftar masuk ini, tekan Log masuk ke i-Akaun.
2. Seterusnya, tekan Teruskan untuk pautkan peranti ini dengan i-Akaun KWSP anda sebagai langkah keselamatan tambahan.
3. Selepas itu, tekan Lupa ID pengguna atau kata laluan dibawah ini untuk dapatkan semula ID pengguna anda.
4. Pada laman ini, tekan ID pengguna.
5. Kemudian, isikan saja nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
6. Jika sudah selesai, tekan Teruskan.
7. Seterusnya, isikan pula nombor telefon yang berdaftar dengan i-Akaun KWSP anda pada ruangan yang disediakan.
8. Sekiranya sudah selesai, tekan Teruskan.
9. Pada laman pengesahan ini, isikan saja nombor TAC yang diterima pada ruangan yang disediakan.
10. Akhir sekali, ia akan paparkan ID pengguna anda.
Selepas ini, anda boleh gunakan ID pengguna ini untuk log masuk ke i-Akaun KWSP anda melalui aplikasi ini.
Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, terus hubungi khidmat pelanggan KWSP.