Cara Pindah Mata Ganjaran BonusLink Atau Transfer Point Ke Orang Lain Di App BLINK by BonusLink
Dengan BLINK by BonusLink app, anda boleh menyemak tawaran dan menebus ganjaran yang sedang berlangsung serta anda juga boleh buat pindahan mata ganjaran dari akaun BonusLink sendiri ke rakan, keluarga atau orang lain.
Jadi, ikuti blog ini cara untuk buat pindahan mata ganjaran atau transfer points BonusLink anda ke orang lain melalui aplikasi BLINK by BonusLink.
1. Selepas anda buka aplikasi BLINK by BonusLink, pada laman utama ini, tekan pada BonusLink Card.
2. Pada laman ini, untuk mula pindah mata ganjaran terkumpul anda ke orang lain, tekan Points Transfer.
3. Disini, ia memberi anda pilihan untuk pindah ganjaran secara ke akaun orang lain menggunakan nombor telefon atau nombor kad mereka. Jika anda tekan pada Card Number, isikan saja nombor kad rakan pada ruangan yang disediakan.
4. Atau anda juga boleh imbas saja kod QR kad rakan dengan menekan pada butan Scan ini.
5. Untuk pindah mata ganjaran ini menggunakan nombor telefon rakan yang telah berdaftar dengan BonusLink dengan mengisikan nombor rakan tersebut pada ruangan yang disediakan ini.
6. Dibawahnya pula, isikan jumlah mata ganjaran yang ingin dipindahkan kepada rakan anda. Jumlah pindahan mata ganjaran tersebut tertakluk kepada mata ganjaran semasa anda.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Transfer.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan mata ganjaran ini. Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat saja.