Cara Daftar Atau Log Masuk Aplikasi KWSP i-Akaun
Melalui aplikasi KWSP i-Akaun, anda boleh melihat baki caruman, jumlah caruman terkumpul, penyata KWSP, jumlah dividen dan sebagainya terus dari telefon anda tanpa perlu lagi pergi ke cawangan KWSP.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk daftar atau log masuk aplikasi KWSP i-Akaun di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi KWSP i-Akaun, pada laman daftar masuk ini, tekan Log masuk ke i-Akaun.
2. Seterusnya, tekan Teruskan untuk pautkan peranti ini dengan i-Akaun KWSP anda sebagai langkah keselamatan tambahan.
3. Selepas itu, isikan saja ID pengguna anda pada ruangan yang disediakan.
4. Bagi yang terlupa, tekan Lupa ID pengguna atau kata laluan dibawah ini untuk dapatkan ID pengguna anda.
5. Jika sudah selesai, tekan Teruskan.
6. Seterusnya, sahkan frasa rahsia seperti yang dipaparkan adalah betul dengan menekan pada Ya, Itu Saya.
7. Kemudian, isikan saja kata laluan i-Akaun KWSP anda pada ruangan yang disediakan.
8. Bagi yang terlupa, tekan Lupa ID pengguna atau kata laluan untuk tukar ke kata laluan baru.
9. Sekiranya sudah selesai, tekan Teruskan.
10. Pada laman pengesahan ini, isikan saja nombor TAC yang diterima pada ruangan yang disediakan.
11. Kemudian, ia akan paparkan status pautan peranti anda dengan i-Akaun ini.
12. Untuk tetapkan PIN bagi log masuk dengan mudah, tekan Teruskan.
13. Isikan saja 6 digit PIN pada ruangan yang disediakan.
14. Selepas itu, isikan semula 6 digit PIN tadi untuk sahkan nombor PIN anda.
15. Akhir sekali, anda telah berjaya log masuk i-Akaun KWSP dalam aplikasi ini.
Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, terus hubungi khidmat pelanggan KWSP.