Cara Muat Turun Penyata OCBC Atau Download Bank Statement Online Di OCBC Malaysia Mobile Banking
Bagi pengguna OCBC Bank di Malaysia, anda boleh dapatkan penyata bank tanpa perlu ke cawangan OCBC dimana anda boleh dapatkan penyata ini melalui aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk dapatkan penyata OCBC secara online melalui aplikasinya di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking, pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kiri.
2. Selepas itu, tekan e-Statement.
3. Kemudian, tekan View e-Statement.
4. Pada bahagian View e-Statement ini, anda perlu tetapkan dahulu jenis penyata, tahun penyata dan bulan penyata yang anda inginkan.
5. Selepas anda buat pilihan tadi, tekan pada jenis akaun untuk pengeluaran penyata ini.
6. Ia akan secara automatik muat turun penyata itu terus ke telefon anda.
7. Sebagai contoh, jika anda gunakan aplikasi Adobe Reader, boleh tekan pada butang Share untuk kongsikan penyata ini kepada orang lain.