Cara Tukar Nombor PIN MyUMobile App Atau Reset Kod Laluan Bagi Yang Terlupa
Aplikasi MyUMobile memberi kemudahan kepada anda untuk memilih dan membeli pelan internet serta panggilan. Selain itu, anda juga boleh menyemak baki terkini kredit dan membuat tambah nilai terus menggunakan aplikasi ini.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk menukar nombor PIN atau kod laluan MyUMobile melalui aplikasinya.
1. Selepas anda buka aplikasi MyUMobile, pada laman log masuk ini, tekan pada Login.
2. Kemudian, bagi yang terlupa nombor PIN, tekan pada Forgot PIN untuk menukar ke nombor PIN baru.
3. Seterusnya, isikan saja nombor telefon UMobile anda pada ruangan yang disediakan.
4. Sekiranya sudah selesai, tekan Send OTP.
5. Selepas itu, isikan pula nombor OTP yang diterima pada ruangan OTP Verification.
6. Pada laman Reset PIN ini, isikan nombor PIN baru anda pada ruangan yang disediakan.
7. Jika sudah selesai, tekan Reset.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran nombor PIN ini.
9. Untuk log masuk, tekan pada OK.
10. Dan isikan pula nombor PIN baru tadi pada ruangan yang disediakan.
11. Sekiranya sudah selesai, tekan Login.
Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak UMobile.