Cara Daftar Ahli Sushi King Malaysia Secara Online Dan Kumpul Mata Ganjaran Smile Melalui Aplikasi
Kini, Ahli Sushi King diberi ganjaran secara digital melalui aplikasi Sushi King MY. Jadi, anda perlu muat turun dan mula mengumpul mata ganjaran terus dari aplikasi. Bagi yang belum menjadi ahli, anda juga boleh daftar melalui aplikasi ini. Antara faedah jika berdaftar sebagai ahli Sushi King seperti dapat menerima ganjaran Hari Lahir, ganjaran Ahli Eksklusif dan nikmati tawaran promosi dari Sushi King.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk daftar sebagai ahli Sushi King Malaysia melalui aplikasinya.
1. Selepas anda buka aplikasi Sushi King, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar sebagai ahli, tekan pada Register.
2. Kemudian, isikan saja butiran yang diminta seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nombor telefon, emel dan kata laluan pada ruangan yang disediakan.
3. Sekiranya sudah selesai, tekan Sign Up.
4. Selepas itu, anda perlu lengkapkan maklumat yang diminta seperti nama panggilan, kerakyatan, pekerjaan dan jenis perayaan.
5. Jika sudah selesai, tekan Continue to App.
6. Seterusnya, isikan pula kod verifikasi yang diterima pada ruangan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Verify.
7. Akhir sekali, anda telah berdaftar sebagai ahli dan boleh mula kumpul mata ganjaran Smile terus dari aplikasi ini.