Cara Daftar Akaun MyUBAT Bagi Pengguna Baru Untuk Dapatkan Ubat Di Farmasi Klinik Kerajaan

MyUBAT memudahkan anda untuk dapatkan perkhidmatan farmasi melalui aplikasi telefon pintar tanpa perlu hadir ke kaunter farmasi seperti bekalan ubat susulan dengan lebih cepat dan mudah terutama bagi mereka yang mendapat rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang dari fasiliti kesihatan KKM.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk daftar akaun MyUBAT sebagai pengguna baru melalui aplikasinya.

1. Selepas anda buka aplikasi MyUBAT, pada laman log masuk ini, untuk mula daftar akaun baru, tekan pada Log Masuk Pengguna Baru.

2. Kemudian, isikan saja butiran yang diminta seperti status warganegara, nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan nombor telefon pada ruangan yang disediakan.

3. Sekiranya sudah selesai, tekan Daftar Akaun.

4. Seterusnya, anda perlu lengkapkan maklumat yang diminta seperti alamat emel dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

5. Jika sudah selesai, tekan Pendaftaran Selesai.

6. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan dan akan terus log masuk ke perkhidmatan ini.

Cara Kurangkan Atau Jimatkan Penggunaan Data Internet Apabila Menonton Video Di TikTok
Cara Tukar Kata Laluan JPJeBid Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *