Cara Kurangkan Atau Jimatkan Penggunaan Data Internet Apabila Menonton Video Di TikTok
TikTok merupakan salah satu aplikasi yang menggunakan paling banyak data terutama bagi pengguna tegar. Apabila aplikasi ini dibuka, ia akan mula memuat turun data video secara banyak untuk kandungan beberapa video seterusnya.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk aktifkan mod Data Saver atau Penjimat Data di aplikasi TikTok.
1. Selepas anda buka aplikasi TikTok, tekan pada Profile yang terletak di penjuru bawah kanan untuk pergi ke bahagian Profile.
2. Seterusnya, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kanan.
3. Kemudian, tekan pada Tetapan dan privasi.
4. Pada laman ini pula, anda perlu pergi ke bahagian Cache & Selular dan tekan Penjimat Data.
5. Untuk aktifkan mod Penjimat Data ini, tekan butang Hidupkan disebelahnya.
6. Selepas ini, aplikasi TikTok di telefon anda akan menggurangkan penggunaan data semasa menggunakan data selular apabila menonton kandungan yang telah dikurangkan kualiti resolusi video yang dipaparkan.