Cara Tukar Kata Laluan My7E Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa Di Aplikasi My7E 7-Eleven

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun My7E, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi My7E- Eleven di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi My7E- Eleven, pada laman utama ini, tekan pada Sign Up/Login.

2. Seterusnya, tekan Continue.

3. Pada laman ini, isikan saja nombor telefon yang berdaftar dengan akaun My7E pada ruangan yang disediakan.

4. Jika sudah selesai, tekan Continue.

5. Kemudian, untuk mula menukar kata laluan baru, tekan Forgot Your Password.

6. Selepas itu, isikan saja kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Diingatkan, kata laluan ini mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh My7E. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

7. Kemudian, pihak My7E akan menghantar satu SMS pengesahan nombor OTP untuk penetapan semula kata laluan ini. Jadi, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Continue.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Cara Tukar Ke Akaun Personal TikTok Dari Akaun Bisnes | Akaun Perniagaan Ke Peribadi
Cara Kurangkan Atau Jimatkan Penggunaan Data Internet Apabila Menonton Video Di TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *