Cara Hasilkan Kod QR GrabPay Wallet Dan Print Untuk Terima Duit Dari Akaun Wallet Lain

Dengan bayaran secara imbasan kod QR, ia memudahkan anda untuk membuat bayaran atau pindahan duit dari akaun GrabPay Wallet ke akaun Wallet yang lain.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk hasilkan kod QR GrabPay Wallet di aplikasi Grab dan print untuk terima duit dari akaun Wallet lain.

1. Selepas anda buka aplikasi Grab, pada laman utama ini, tekan pada Finance yang terletak di bawah.

2. Selepas itu, anda perlu swipe ke arah kiri dan tekan pada Receive.

3. Ia akan paparkan kod QR bagi akaun GrabPay Wallet anda.

4. Untuk simpan kod QR ini, anda boleh saja screenshot laman kod QR tersebut. Gambar kod QR yang telah disimpan ini boleh digunakan untuk diimbas atau pun dicetak pada kemudian hari.

5. Atau jika anda ingin kongsikan gambar kod QR ini kepada orang lain sama ada melalui WhatsApp, Telegram dan sebagainya, tekan pada Reqeust Money Via Link atau kongsi saja gambar kod QR ini.

Cara Bayar Parking Atau Tempat Letak Kenderaan Guna JomParking App
Cara Tukar Ke Akaun Personal TikTok Dari Akaun Bisnes | Akaun Perniagaan Ke Peribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *