Cara Bayar Parking Atau Tempat Letak Kenderaan Guna JomParking App

Sistem pembayaran tempat letak kereta secara pintar melalui JomParking memudahkan anda membeli tiket parking melalui aplikasi.

JomParking menawarkan lokasi pembayaran tempat letak kereta seperti kawasan dibawah DBKL, MPS, MPT, Cybersquare, TBS dan pelbagai lagi jenis kawasan parking yang menyokong sistem pembayaran dari aplikasi ini.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara untuk bayar parking menggunakan aplikasi JomParking.

1. Setelah anda buka aplikasi JomParking, sebelum mula membayar parking, pastikan akaun JomParking anda telah mempunyai tokens mencukupi untuk membayar tempat letak kereta ini. Kemudian, jika lokasi GPS peranti anda tidak dapat mengesan kawasan parking itu, anda boleh tetapkan lokasi ini secara manual dengan menekan pada Select location manually.

2. Seterusnya, anda perlu pilih jenis bandaraya dan lokasi parking tersebut dari senarai yang diberikan ini. Ia turut memaparkan kadar caj parking dibawahnya.

3. Selepas anda buat pilihan, tekan pada Park Now.

4. Kemudian, anda perlu memilih kenderaan pada bahagian ini jika mempunyai lebih dari satu kereta berdaftar dalam aplikasi ini.

5. Dibawahnya pula, anda tekan pada Select duration dan pilihlah tempoh parking ini dari senarai yang diberikan.

6. Selepas itu, ia akan paparkan jumlah tokens yang diperlukan untuk caj bayaran parking ini. Untuk meneruskan proses bayaran, tekan pada Pay Tokens.

7. Sebagai pengesahan, tekan Confirm.

8. Akhir sekali, bayaran caj parking tersebut sudah dibayar. Disini ia akan paparkan tempoh baki waktu parking tersebut.

Jika anda ingin menambah atau lanjutkan tempoh parking ini, hanya perlu tekan pada Extend.

Difahamkan juga anda boleh membayar parking untuk kenderaan lain walaupun anda tidak menggunakan kenderaan tersebut, cumanya pastikan anda telah daftar maklumat kenderaan tersebut terlebih dahulu berserta lokasi parking yang betul sebelum buat bayaran.

Cara Bayar Hutang Pinjaman Kenderaan Toyota Capital Secara Online Melalui Aplikasi TCAP EZ CONNECT
Cara Hasilkan Kod QR GrabPay Wallet Dan Print Untuk Terima Duit Dari Akaun Wallet Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *