Cara Bayar Hutang Pinjaman Kenderaan Toyota Capital Secara Online Melalui Aplikasi TCAP EZ CONNECT

Ikuti blog ini cara bayar pinjaman kenderaan anda dari Toyota Capital melalui aplikasinya terus dari peranti masing-masing. Pastikan anda telah mendaftar akaun dahulu dalam aplikasi Toyota Captial sebelum membuat bayaran pinjaman ini.

1. Selepas anda buka aplikasi Toyota Capital, log masuk ke akaun seperti biasa. Kemudian, pada laman utama ini, tekan terus pada Pay Now. Anda juga boleh semak bayaran pinjaman tertunggak sekiranya ada.

2. Pada laman ini, pastikan nombor akaun dan nombor pendaftaran kenderaan adalah betul. Ia juga akan paparkan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar. Jadi, isikan saja amaun bayaran pinjaman ini pada ruangan yang disediakan.

3. Selepas itu, tekan pada Retail Internet Banking. Dan pilih saja mana-mana bank untuk bayaran pinjaman ini.

4. Dibawah sekali, anda diberi pilihan untuk isikan alamat emel pada ruangan ini.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan pada Proceed dan lengkapkan saja proses bayaran tersebut sehingga selesai.

6. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran pinjaman kenderaan anda. Diingatkan, transaksi bayaran ini akan dikemas kini dalam aplikasi untuk keesokan harinya pada hari bekerja.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi dengan pihak Toyota Capital Malaysia.

Cara Tambah Nilai Atau Top Up Duit Dalam GrabPay Wallet Di Grab App
Cara Bayar Parking Atau Tempat Letak Kenderaan Guna JomParking App

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *