Cara Tambah Nilai Atau Top Up Duit Dalam GrabPay Wallet Di Grab App
Kali ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk tambah nilai atau top up duit dalam akaun GrabPay Wallet melalui aplikasi Grab.
1. Selepas anda buka aplikasi Grab, pada laman utama ini, tekan pada Finance yang terletak di bawah.
2. Kemudian, tekan pada Top Up.
3. Seterusnya, anda perlu memilih kaedah atau jenis akaun untuk tambah nilai GrabPay ini sama ada melalui kad atau Online Banking. Sebagai contoh, kami tekan pada Online Banking untuk tambah nilai dari akaun bank secara internet banking.
4. Selepas itu, pilih saja mana-mana bank pilihan anda dari senarai yang diberikan ini.
5. Pada laman ini, isikan jumlah tambah nilai tersebut pada ruangan yang disediakan.
6. Jika sudah selesai, tekan Next.
7. Kemudian, sahkan jumlah tambah nilai ini dengan menekan pada Confirm dan lengkapkan saja proses transaksi ini sehingga selesai.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi tambah nilai tersebut.