Cara Daftar Dan Pautkan Akaun Boost Wallet Dengan DuitNow ID Di Boost App Malaysia
Jika anda pautkan ciri DuitNow dengan Boost, anda dapat menerima duit dari orang lain menggunakan nombor telefon anda secara DuitNow.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk daftar dan pautkan akaun Boosts App Malaysia dengan DuitNow.
1. Selepas anda buka aplikasi Boost, pada laman utama ini, tekan pada Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.
2. Seterusnya, tekan pada DuitNow.
3. Kemudian, ia akan paparkan nombor telefon tersebut untuk dipautkan ke akaun Boost ini. Ia juga akan paparkan akaun lain yang telah dipautkan dengan nombor telefon ini sekiranya ada. Jadi, untuk daftarkan nombor telefon ini, tekan Confirm.
4. Seperti contoh video ini, kami akan tukarkan DuitNow ID dari akaun lain ke akaun Boost dengan menekan pada Yes.
5. Akhir sekali, akaun Boost anda telah berjaya dipautkan dengan DuitNow ID ini.
Selepas ini, kawan atau keluarga anda boleh buat pindahan duit dari akaun mereka ke akaun Boost anda hanya menggunakan nombor telefon yang telah didaftarkan ini secara DuitNow.