Cara Log Masuk App Go by Bank Islam Untuk Lakukan Online Internet Banking Di Peranti
Dengan aplikasi Go by Bank Islam, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan secara online sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran, tambah nilai dan pelbagai jenis urusan terus dari telefon anda.
Pastikan anda telah terlebih dahulu daftar Bank Islam Internet Banking di mana-mana cawangan Bank Islam. Jadi, ikuti blog ini untuk cara log masuk aplikasi Go by Bank Islam sebelum anda boleh lakukan urusan perbankan internet melalui aplikasi ini.
1. Selepas anda buka aplikasi ini, tekan pada Get Started.
2. Kemudian, anda perlu tekan pada I Agree sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Bank Islam.
3. Pada bahagian ini, isikan saja User ID anda pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
4. Pastikan gambar keselamatan yang dipaparkan adalah betul dengan menekan pada Yes, it’s Mine.
5. Selepas itu, isikan pula kata laluan dan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Login.
6. Seterusnya, isikan pula nombor IAC yang diterima melalui SMS pada ruangan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm dibawahnya.
7. Kemudian, anda diberi pilihan untuk mengaktifkan sekuriti biometrik untuk log masuk ke aplikasi ini.
8. Akhir sekali, anda telah berjaya daftar masuk dan ia akan paparkan akaun anda. Selepas ini, anda lakukan pelbagai jenis urusan perbankan internet yang ditawarkan dalam aplikasi ini.